Pages




"DINODI", kumpulan Duo yang dianggotai oleh Dino dan Idi, mempunyai kebolehan padu suara berharmoni yang berkualiti.  


Pada tahun 2005, Dinodi melahirkan album pertama mereka "Cinta Tragika" dengan lagu hit mereka Cinta Tragika yang ditulis oleh karyawan mapan Mohd Khair Mohd Yasin.


Selepas promosi album pertama, Dinodi melibatkan diri dengan kerja-kerja seni di belakang tabir. Kumpulan duo ini sempat mencurahkan sentuhan suara latar pada album artist-artist terkenal seperti kumpulan kerohanian SIRRFILLSIRR, Rausyanfikir, Art Fazil dan pelukis tersohor Singapura Allahyarham Muhamed Din Muhamed.


Kini DINODI kembali lagi dengan album kedua yang lebih matang berjudul "Cinta Platonika" di bawah naungan syarikat Hazelbayu Productions, yang diterbitkan oleh T:zi dengan musik berunsur pop/etnik.


Seniman-seniman berpengalaman Singapura seperti Mohd Khair Mohd Yasin, Isa Kamari dan T:zi turut memberi sentuhan seni di dalam album ini seperti senikata, melody dan susunan music. Dinodi juga turut bergabung suara dengan kumpulan SIRRFILLSIRR dengan lagu berjudul BAHASA AWAN di dalam album ini. 


Album yang mengandungi lapan buah lagu ini mempunyai inti seni yang kaya dari segi penulisan dan seni music. Dengan vocal dan harmoni DINODI yang mantap, kumpulan duo ini berjaya mangangkat martabat karya di dalam album ini dengan berkesan. Seperti kata-kata Art Fazil " Harmoni vokal Dinodi melekat manis macam air sirap bandung"

No posts.
No posts.